Pada suatu hari khalifah keempat, Ali bin Abi Thalib bertemu dengan Salman al-Faris
dan seperti biasa dia bertanya tentang keadaan sahabatnya itu "Hai Salman apa khabar
hari ini?" tanya khalifah Ali.
"Wahai Amirul Mu'minin, pada pagi ini aku berada di antara empat kesedihan. Pertama,
aku sedih memikirkan keluargaku yang meminta roti kepadaku. Kedua aku sedih
memikirkan perintah-perintah Allah kepadaku. Ketiga, aku sedih memikirkan pujukan
syaitan terhadap jiwaku. Keempat, aku sedih memikirkan soalan malaikat terhadap rohku"
jawap Salman.
Mendengar masalah yang dihadapi Salman itu Saidina Ali teringat kepada masalahnya
sendiri yang pernah dialaminya beberapa tahun yang telah lalu. Mula-mula dia menasihatkan
kepada Salman.
"Wahai Salman, bergembiralah engkau, kerana keempat-empat perkara yang membuatmu
bersedih itu malah menambah darjatmu"
Kemudian Amirul Mu'minin bercerita tentang pengalaman serupa yang pernah beliau alami.
Pada masa itu beliau menyampaikan masalahnya yang serupa kepada Rasulullah. Pada suatu
hari beliau ditanya Rasulullah "Wahai Ali bagaimana keadaanmu hari ini?"
Ali menjawab "Wahai Rasulullah, pada hari ini aku berada pada empat kesedihan. Pertama, di
rumah tidak ada apa-apa kecuali air, aku bersedih memikirkan keadaan anak-anakku. Kedua,
aku sedih memikirkan ketaatanku kepada Allah. Ketiga aku bersedih memikirkan akibatku dan
keempat, aku bersedih memikirkan malaikat pencabut rohku" Ali diam sekejap memikirkan
sesuatu.
"Pada masa itu," lanjut Ali, Rasulullah menasihatkan:
"Wahai Ali bergembiralah. Sesungguhnya sedih memikirkan keluarga adalah tabir penutup daripada
api neraka. Sedih memikirkan taat kepada Allah itu bererti keselamatan daripada seksa. Dan sedih
memikirkan akibat itu adalah perjuangan, dan berjuang adalah lebih utama daripada beribadah
selama 60 tahun. Sedang sedih memikirkan malaikat pencabut nyawa itu adalah pelebur semua dosa"
Selain daripada itu, Ali juga menyampaikan nasihat Rasulullah yang lain kepada Salman. "Ketahuilah
olehmu bahawa rezeki para hamba itu ada di tangan Allah SWT, maka itu kesedihanmu itu langsung
tiada gunanya, sebab ianya tidak membahayakan dan tidak pula menguntungkan. Oleh itu kerana
kau mendapat pahala atas kesedihan yang menimpamu itu, jadilah engkau orang yang bersyukur,
taat dan bertawakkal kepada Allah maka engkau akan menjadi sahabatNya"
Pada masa itu Ali bertanya kepada Rasulullah "Atas sebab apa aku bersyukur pada Allah"
"Atas agama Islam" jawab Rasulullah.
"Ketaatan macam manakah yang engkau maksudkan wahai Rasulullah?" tanya Ali lagi.
"Bacalah Laa haula wa laa quwwata illa billahi 'aliyyil adhim, engkau akan mengerti" jawab Rasulullah.
"Lalu benda apakah yang mesti aku tinggalkan?" tanya Ali pula.
"Tinggalkanlah marah. Sesungguhnya meninggalkan marah itu boleh memadamkan murka Allah,
memberi timbangan yang berat dan membawamu ke syurga" jawab Rasulullah.
Mendengar kisah Ali berkenaan dengan fatwa Rasulullah dalam perkata itu Salman al-Farisi merasa
puas hati "Semoga Allah menambah kemuliaanmu wahai Ali. Sesungguhnya aku ini sedih terutama
disebabkan oleh masalah keluargaku" kata Salman.
Ali pun menambahkan lagi "Aku mendengar Rasulullah bersabda, barangsiapa yang tidak memelihara
keluarganya, maka dia tidak mendapat bahagian syurga" Tetapi Salman tidak boleh memahami
ucapan Ali yang terakhir ini dan bertanya "Bukankah Rasulullah pernah bersabda bahawa pemilik
keluarga tidaklah bahagia selama-lamanya? "
Mendengar pertanyaan Salman itu Saidina Ali meluruskan maksud hadith Rasulullah yang didengar
Salman itu. "Bukan itu yang dimaksudkan Rasulullah. Jika pekerjaanmu itu halal maka engkau pun
bahagia. Hai Salman ketahuilah bahawa syurga itu teramat rindu kepada orang-orang yang susah dan
sedih hati kerana memperhatikan yang halal (khuatir terjerumus pada benda-benda yang haram)"
Begitulah Saidina Ali mengakhiri nasihatnya kepada Salman al-Farisi.
Petikan dari Buku Menyingkap peristiwa dan keistimewaan Sirah kehidupan
Nabi SAW Sahabat & Ahli hikmah
Disusun oleh: Ustaz Abdul Salam Basok Al-Haj.
READ MORE...........
sign up here
tegas + keras + gigih = ISLAM
Ajaran Islam menganjurkan kepada kita agar tegas mengamalkannya, tegas
mengeluarkan hukum.Tegas menyampaikannya atau memperkatakan dan gigih
memperjuangkannya dimana saja dan di dalam keadaan apa sekali
pun.Islam adalah agama kasih sayang dan lemah lembut, bukan agama
keras tapi disuruh tegas.
Kebanyakan umat Islam terutama orang politik, para pejuang dan
pendakwah pendakwah melakukan kekerasan di dalam perjuangan atau di
dalam dakwahnya tapi dia sendiri tidak tegas mengamalkannya, sama saja
dengan orang lain.Di dalam menyampaikan, suaranya lantang dan keras
memperkatakan hukum hukumnya.Tegas kalau untuk orang lain tapi untuk
diri sendiri longgar dan cuai.
Di dalam menyampaikan Islam dia mengata, mengumpat dan menuduh kepada
golongan golongan yang tertentu,Ada kalanya hingga sampai maki hamun,
mengutuk dan menempelak orang yang tertentu, tapi dia sendiri
syariatnya cuai, akhlaknya rosak, maruahnya tidak di jaga,Mereka
menyangka cara itu dikatakan tegas.
Sebenarnya sikap mereka bukan tegas tapi keras.Tegas ertinya
memperkatakan hukuman yang sesuai dengan kehendak Islam.Disampaikan
dengan penuh berhikmah dan kasih sayang, tidak ditujukan kepada mana
mana golongan tapi untuk semua, terutama diri sendiri.Dan orang yang
berkata dan memperjuangkan itu mempunyai peribadi yang baik dan
mempunyai akhlak yang mulia kerana dia tegas mengamalkan Islam itu
lebih dahulu di dalam diri mereka dan tegas berpegang dengan hukum.
Begitu juga tegas mendidik anak dan isteri serta Keluarga.Agar mereka
mengamalkan ajaran Islam itu serta sangat menghormati hukum
hakam.Begitulah orang yang tegas dengan prinsip.
Oleh kerana tidak tegas mengamalkan Islam tapi keras memperkatakan dan
memperjuangkannya, maka orang ramai jadi benci dengan Islam.Lebih
lebih lagi orang kafir, mereka takut dengan Islam.Melihat peribadi
para pejuang dan para da'i serta Keluarga mereka, Islam itu tidak ada
didalam diri mereka.Yang mereka lihat ialah kekerasan dan
kekasaran.Keindahan Islam tidak dapat dilihat kerana bersikap keras
bukan tegas.

HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan
membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia.
Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana
di dunia dan di akhirat. Didunia akan dibenci oleh manusia
lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang
lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam
neraka Allah SWT.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh
Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan
sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan
mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah
benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan
perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang
bermaksud:
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya
banyaklah silapnya.
Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah
dosanya. Dan
Barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya Neraka lebih
utama baginya".
( Riwayat ABU NAIM )
"Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari
Akhirat, maka hendaklah ia
berkata yang baik atau diam". ( Riwayat BUKHARI &
MUSLIM )
"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".
Riwayat AT-TARMIZI )
Madah Dari Hukama:
BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK
SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU
BUAH FIKIRAN, ORANG
CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI
ORANG BODOH YANG BANYAK
CAKAP.
MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH , TIDAK
SALAH. YANG SALAH
MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA
TERHINA, YANG SEBENARNYA
ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali
dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita
tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik.
Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih
yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Wednesday, April 22, 2009
Indahnya malam pertama (18SX)
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi...
Bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa
Melainkan...
Malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Malam pertama yang hanya dilewati satu mempelai... pria atau wanita
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun... harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak Ada sehelai benangpun menutupinya
Tak Ada sedikitpun rasa malu
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi hiasan kapas putih...
Itulah sosok Kita...
Itulah jasad Kita waktu itu... setelah dimandikan.. .
Kitapun kan dipakaikan gaun indah berwarna putih
Kain itu.... tidak sembarang orang memakainya
Karena bermerk sangat terkenal bernama Kafan
Wewangian ditaburkan ke baju Kita...
Bagian kepala..., badan..., dan kaki diikatkan...
Tataplah... tataplah... dari dekat... itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...
Mempelai diarak keliling kampung bertandukan tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah gontai seluruh keluarga, serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir mengalun
Akad nikahnya dengan bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat... saksi-saksinya nisan-nisan. .. yang tlah tiba duluan
Siraman air mawar... pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya...
Tiba masa peraduan pengantin...
Menunggu... dan ditinggal sendirian...
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama bersama KEKASIH...
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah...
Dan ketika 7 langkah tlah pergi...
Kitapun kan ditanyai oleh sang Malaikat...
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur...
Kita tak tahu... Dan tak seorangpun yang tahu...
Tapi anehnya saat hidup Kita tak pernah galau ketakutan...
Padahal nikmat atau siksa yang kan kita terima
Kita sungkan sekali meneteskan air mata...
Seolah tetesan itu barang berharga yang sangat mahal...
Dan Dia Kekasih itu...
Menetapkanmu ke syurga...
Atau melemparkan dirimu ke neraka...
Tentunya Kita berharap menjadi ahli syurga...
Tapi... tapi... sudah pantaskah sikap kita selama ini...
Untuk disebut sebagai ahli syurga
Baca yang berikut ini jika anda ada waktu untuk ALLAH
Bacalah hingga habis...
ALLAH, bila saya membaca e-mail ini, saya pikir saya tidak ada waktu untuk ini....
Lebih-lebih lagi diwaktu kerja.
Kemudian saya tersadar bahwa pemikiran semacam inilah yang sebenarnya, menimbulkan pelbagai masalah di dunia ini
Kita coba menyimpan ALLAH di dalam MASJID pada hari Jum'at......
Mungkin malam JUM'AT?
Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?
Kita suka ALLAH pada saat kita sakit....
Dan sudah pasti waktu ada kematian....
Walau bagaimanapun kita tidak ada waktu atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?
Karena....
Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus diri sendiri tanpa bergantung padaNYA.

dialog kantoi KHALWaT(MUST READ)
Pelajar: Kami tidak berzina!
Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.
Pelajar: Kami hanya berbual-bual,berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?
Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.
Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu.Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita
berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasullullah S. A. W.: Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (Tabrani) . Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.
Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan.Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersuamuka pun!
Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?
Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?
Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan ), ada zina mata (melihat kekasihnya denganperasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S. A. W.: Kedua-dua tangan
juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong
yang boleh membawa kepada penzinaan
Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang
mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?
Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.
Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai- ramai sedikit.Kalau duduk berdua-dua macam ini..
betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Ustaz: Baik sungguh awak berdua.Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak
terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.
Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Ustaz: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri
tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Manusia tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah
Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.
Pelajar : Tentu ada cinta secara Islam
Ustaz: Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlakusetelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S. A. W.: Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (Ibni Majah)
Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.
Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?
Ustaz: Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin
dekat. Kalau tadi macam kawan,sekarang macam pengantin baru.Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan
kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah
penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
Pelajar: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Ustaz: Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.
Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada
ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S. W. T.: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini,(Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim (Al-A'araf: ayat 19). Tegahan
yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah
zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Pelajar: Tetapi cinta lepas kawin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.
Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah
alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kawin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta.Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar
tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan yang hipokrit.
Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.
Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia.Manusia hanya merancang kebahagiaan.Allah yang akan menganugerahkannya.
Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta
yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang
bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?
Pelajar: Tanya sikit adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? ganti bercinta.
Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik,abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya "angkat" ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.
Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan
mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.
Pelajar: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Ustaz: Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta
seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang
yang beriman. Allah berfirman: Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin
berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang
kepada orang-orang yang beriman. (Surah an-Nur: Ayat 3).Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.
Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Pelajar: Kami telah berjanji untuk sehidup semati.
Ustaz: Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
Pelajar: Jadi perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Ustaz: Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang 'second hand' sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta di show room; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas air sirap bandung, bawalah ke hulu, ke
hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.
Pelajar: Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?
Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S. W.T.: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (Al-Ahzab: ayat 35)
Pelajar: Bagaimana kami?
Ustaz: Kamu masih ada peluang.Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.
Pelajar: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.
Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi
3 syarat:
1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidakdiredhai Allah ini
2. Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijap Kabul.
Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini.
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan
kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci
kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu
berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku
kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu yang berdosa. Amin, Ya Rabb. Moga Allah
terima taubatmu.
Pelajar: Kita berpisah kerana Allah.
Kalau ada jodoh tidak ke mana.
Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini
mereka datang ke pintu-Mu mencari
redha-Mu. Terimalah taubat mereka.
**Semoga dengan kisah ini, dapatlah memberi manfaat kepada kita semua. Tersedar jugak kisah ni bila saya baca.. Alhamdulillah, masih sempat untuk kita bartaubat "nasuha"..

Tuesday, April 21, 2009
adam..............
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.Masing- masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.
Kata Allah: "Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu." Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah dan kemudian di belakang hari kelak akan ku tugaskan engkau mencabut roh manusia."
Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi : "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya
terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:-
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10.Tanah India
11.Tanah syurga
12.Tanah Tha'if
MENURUT IBNU ABBAS:-
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9.Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks (berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.
PROSES KEJADIANNYA: -
1. Ketika Allah jadikan Adam,tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur(cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga,sangat baik sekali kulitnya.Tidak seperti warna kulit manusia.Kerana Adam telah diturunkan kedunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya.Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
TUJUH BUAH LETAKNYA ADALAH:-
1. Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur. Dijadikan pula lima buah pancaindera:
A. Mata alat penglihatan
B. Hidung alat penciuman
D. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
E. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.
Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata "Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah".
Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan "Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: "Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)
Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya,maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna,yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik,semua malaikat berasa kagum melihat Adam
yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam
dijadikan."

Subscribe to:
Posts (Atom)