sign up here

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Friday, August 28, 2009

the best RAMBO ever heard

the best RAMBO ever heard



READ MORE...........

Tuesday, August 11, 2009

mysteri of samson "kenangan terindah"



http://www.gemintang.com/misteri_di_balik_lagu_samson.php
READ MORE...........

Sunday, August 9, 2009

Kisah Kehidupan Presiden Iran (Mahmoud Ahmadinejad)

Fox News TV (Amerika Syarikat) di dalam temuramahnya bertanya kepada Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad "Apabila anda melihat ke cermin setiap pagi, apa yang anda perkatakan kepada diri sendiri ?" Beliau menjawab :


Beliau menjawab :
Saya melihat kepada insan yang berada dalam cermin tersebut dan berkata kepadanya, "Ingatlah, anda adalah tidak lebih daripada seorang hamba yang lemah, menanti di hadapan anda hari ini adalah sebuah tanggungjawab yang amat berat dan ianya adalah berkhidmat kepada negara dan rakyat Iran.

Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa.



Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirahat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu.

Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya.

Di bawah pentadbirannya, setiap kali beliau melantik mana-mana individu untuk memegang jawatan menteri, beliau akan mengarahkan individu tersebut untuk menandatangani sebuah dokumen yang menggariskan pelbagai syarat-syarat yang perlu dipatuhi, terutamanya yang menekankan bahawa individu tersebut harus sentiasa kekal dalam kesederhanaan dan akaun-akaun persendirian serta milik ahli keluarganya akan sentiasa diperhatikan dan perlu meninggalkan pejabatnya kelak dalam keadaan yang bermaruah. Oleh itu, adalah satu kesalahan yang besar untuk individu tersebut dan ahli keluarganya mengambil kesempatan ke atas jawatan yang dipegangnya itu.

Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang 'Besar' iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan.

Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem pertahanannya.

Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya.

Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitang an di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.



Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet peribadinya
sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa pada kelas ekonomi.

Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan pelaksanaannya.

Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu.

Beliau telah membubarkan beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam negaranya.

Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut.



Dalam salah sebuah gambar berikut menunjukkan beliau sedang tidur di dalam bilik tetamu di rumahnya tanpa ditemani oleh para pengawal peribadinya yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja beliau pergi. Gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut laporan akhbar Wifaq yang kemudian menyiarkannya di dalam ruangan akhbar mereka. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah disiarkan di dalam kebanyakan akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat.

Sewaktu ingin menunaikan solat, anda boleh lihat yang beliau tidak duduk di barisan pertama. Gambar yang lain pula menunjukkan beliau sedang menikmati hidangan makanannya yang amat sederhana.

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Al Hajj - 41)

Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu. (Saad - 26)

READ MORE...........

Friday, August 7, 2009

Luahan Hati Lelaki yang dibenarkan berkahwin sorang lagi

Subject:Luahan Hati Lelaki yang dibenarkan berkahwin sorang lagi
(PEDOMAN UTK YG GATAL NAK KAWIN LAGI)

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering
mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life
starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata
isteriku.

Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok.
Tersengih- sengih aje lah I at that time.


'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam
sananak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang
lagi...?!'

Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi
lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.

Sebab apa ? Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau
I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun.

Memang lah seronok beb. Seronok benda yang kat dalam seluar dalam tu aje lah.

Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya
I tentu asyik teringatkan my first wife.

Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya,
baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife
dah siapkan segala gala nya lah.

Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat
TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran ...
semua dia dah tahu.. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu
...

Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak
ragam. Ye lah dia muda, I kandah tua.

Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia
lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan ...

Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda.
Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti
lagi teruk.

Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak
tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk
kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota . Perempuan muda
sekarang mana main naik Proton atau Perodua.

Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak
malam-malam.

Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk
pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu.
Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu.

Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas
tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.

Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres
dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci
mu itu ...

Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari
... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak
dapat ....

Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah
sekarang ni kanbanyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan.
Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab
tension bapak kawin baru.

Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.

Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang
bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri
baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan
perhatian dari anak-anak.

Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil
(kandah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam
kabutnya dia menguruskan anak-anak)

Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak
dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan
topik-topik terkini dan juga ehidupanmereka.

Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan
bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk
pulak.

Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin
tentu seronok. Paling lama setahun-dua.

Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana
dengan isteri pertama dulu-dulu.

Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi
shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak
kena teman isteri muda buat semua tu.

Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup
pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ... ... lagi
haru ...

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria
kita nak kananak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih
tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kannak straight to the
point. Tanya itu ini.

Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan
mata,buat kita dah tak senang duduk.

Tak kanraya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau
I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ....

Hish banyak lah lagi.

Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin
dua nih silakanlah.

Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak
tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.

Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak
pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I.

Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata.

Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je.

Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi
susah senang dari mula.

Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah
kita juga, cuai dan mengabaikannya) .

Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.

Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau
isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu
lain pun terlambat atau terlepas.

Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang
meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu.

Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan.
Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai
isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.

Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih.

Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi.

Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cubabab
menegakkan agama Islam,masih lagi terkial kial.

Wallahualam.

suami orang-

READ MORE...........

Thursday, August 6, 2009

hero ke zero.....zero ke hero


'Pagi sapu sampah, tengah hari cuci tandas dan malam jadi jaga. Demi sesuap nasi, saya redha.'

Itulah antara pengalaman terbaik, hikmah Allah mengajar saya, agar menyelami dan menyelusuri pahit maung, kehidupan insan mencari rezeki halal di sisi Tuhan. Izinkan saya merakamkan saat-saat bangkit selepas tersungkur...

Hidup ini ada pasang-surut. Tak lepas ujian demi ujian melintasi. Ada masa di atas, sekali-sekala di bawah. Sihat dan ada waktu jatuh sakit. Begitu juga manusia, ada yang suka, tidak kurang juga yang benci dan mencerca. Watak-watak dan aksi-aksi ini, merupakan mata pelajaran yang tiada di dalam kelas dan kuliah tetapi sering kali disebut dalam kitab Allah.

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Namun semua itu, baik yang kecundang atau tersungkur bukanlah pengakhiran kehidupan. Teringat, sewaktu menganggotai kadet tentera sekolah, slogan Renjer 'Agi Idup Agi Gelaban' - "selagi hidup, selagi berjuang" menjadi prinsip saya, menangkis cabaran mendatang.

Tahun 1999, saya berkelana dan merantau ke Johor Bahru, berkhidmat sebagai jurujual - salesman demi menampung kehidupan mencari rezeki. Selama setahun berada di kedai-kedai milik majikan saya yang diberi nama Galeri Perdana, satu di Kota Raya dan satu di Giant, Plentong yang menjual tulisan khat atau 'frame' ayat-ayat al-Quran ukiran kaca.

Selama itu jugalah saya 'bergelumang' menjadi jurujual sepenuh masa dari setiap hari bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 9.30 malam. Kerja saya kemudiannya berterusan sehingga hari Sabtu dan Ahad ataupun cuti-cuti umum Malaysia.

Mencari sesuap nasi

Ada kalanya, cukup memenatkan, bosan dan tiada 'life'. Tatkala melihat rakan-rakan atau orang lain mempunyai masa 'enjoy' mereka, saya terperusuk di kaki kedai untuk sekian lamanya. Tetapi itulah harga bagi sebuah kesabaran, secubit pendapatan buat pengalas perut.

Kesabaran tidak terhenti setakat itu, tetapi diuji dengan karenah pelanggan aneka 'warna' dan ragam.

Suatu hari saya pernah dijerkah, ditempik dan dimaki seorang pelanggan di tengah orang ramai atas kesalahan yang bukannya berpunca daripada saya. Iyelah, tak salah dia, sebab barang yang dia pesan tak muncul-muncul, walaupun telah dibayar harga sepenuhnya.

Lalu, ilmu yang cebis, saya manfaatkan sebaiknya. Saya panggil, lantas minta dia duduk dengan tenang, sambil mengusap belakangnya sedikit. Ya, jika sedang berdiri, minta dia duduk supaya hilang marahnya. Tak silap ada hadis tentang itu.

"Pakcik, apa boleh saya bantu? Pakcik ceritakanlah baik-baik, supaya senang saya bantu," kata saya dengan nada yang santun.Barulah reda marahnya dan mencebiskan segala-galanya. Di penghujungnya, dia minta maaf kerana berkasar dengan saya.

Ujian kesabaran itu bersambung lagi apabila, setiap malam, setelah pulang daripada berkerja, majikan akan bertanya pula, berapakah jualan yang telah saya dapat pada hari ini. Tekanan cukup tinggi, mesti ada barang yang dijual hari-hari.

Bukan sesuatu yang mudah untuk menjual frame ayat-ayat al-Quran ukiran kaca yang berharga antara RM750 sehinggalah mencecah RM3,000. Tak percaya?

Ada ketika, tatkala dibakar terik mentari saya tuju rumah ke rumah sambil menggendong beberapa buah khat al-Quran itu. Ada masa saya dihalau dan selalunya tidak dilayan. Apa boleh buat jurujual seperti saya, sering di pandang negatif.

Pernah sekali itu di Masai, Johor, saya mendengar jeritan kanak-kanak di dalam rumah sehingga jiran-jiran semua menjenguk di tepi jendela rumah mereka.

"Mak, orang jahat datang....!"

Rupanya sikecil itu memanggil saya 'orang jahat' dan tanpa fikir panjang, saya terus buka 'langkah seribu' meninggal rumah tersebut sebelum keadaan menjadi bertambah kelam-kabut.

Ada juga saya buat kerja di 'luar kotak' fikiran. Selalunya orang menjual buah durian, air atau bantal kekabu di tepi jalan tetapi kali ini saya menjual khat-khat ayat al-Quran dengan harga tertampal RM880.00 di tepi simpang jalan utama. Banyaklah kereta yang berhenti dan terperanjat dengan tindakan 'gila' saya ini.

Itulah antara mehnah-mehnah yang saya lalui selama 365 hari. Ada kalanya rasa muak dan nak muntah namun demi mencari sesuap nasi, saya gagahkan jua.

Lazimnya, bagi menenangkan hati untuk berdepan dengan pelanggan, jualan dan majikan, setiap hari, saya cebiskan masa sekadar cuma 10 minit untuk membaca satu dua helaian al-Quran, senaskah kecil yang sering saya bawa ke mana-mana.

Walaupun sedikit rasanya dan hanya sekelumit doa setiap pagi, tetapi Allah itu Maha Penyayang.

Alhamdulillah, dari segi jualan secara puratanya, ada sahaja pelanggan yang membeli setiap hari. Tidak pernah menjangkau selama tiga hari, saya tidak dapat menjual apa-apa.

Di penghujung tahun, atas kesabaran yang dilalui peluh, perit, jerih dan sakit, saya berjaya meraih jualan sejumlah RM280,000 selama setahun bertugas sebagai jurujual.

Tanpa diduga, syarikat jualan telah memanggil saya kembali bertugas ke Kuala Lumpur dan dilantik sebagai Pengurus Operasi Zeq Holdings Bhd. Syarikat ini masih lagi beroperasi sehingga kini, menjadi pereka bentuk hiasan dalaman untuk masjid dan kediaman.

Daripada Hero ke Zero

Semua ini, kerja Allah. Allah yang menggerakkan hati manusia dan Dia jugalah menampakkan segala-galanya. Ya, buatlah kerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, tanpa perlu menunjuk-nunjuk, kerana Allah itu kan ada, yang amat mengetahui susah senang hamba-Nya.

Inilah masa saya di puncak. Selama setahun, bergegas saya ke sana ke mari, cuti entah ke mana, waktu makan tak tentu masa dan rehat sepicing saja.

Itu semua gara-gara demi mencapai matlamat jualan RM 1 juta untuk sekitar Lembah Kelang namun sekadar mampu mencapai RM250,000 sahaja. Bukan kerja saya seorang, tetapi dibantu oleh pasukan pengurus jualan dan jurujual yang lain juga.

Genap setahun, saya mengambil keputusan untuk berhenti dan menjalankan perniagaan sendiri, diberi nama Exzeq Trading. Asasnya produk yang sama, menjual khat al-Quran ukiran kaca, sambil berkerjasama bersama seorang kawan bernama Azman Abdullah.

Pada tahun pertama, kami berjaya 'menggapai' bintang. Saya sewa tapak pameran, dan perniangaan sangat-sangat menguntung. Kami rasa 'mewah' seketika. Namun disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari, tahun berikutnya perniagaan saya mula 'lemas' kewangan.

Waktu itu, musim gawat. Tidak ramai yang sanggup berkorban untuk membeli barangan hiasan rumah seperti khat al-Quran yang mencecah ratusan dan ribuan ringgit ini. Lebih baik mereka menampung kehidupan dan melapikkan perut yang kosong.

Sampailah ke penghujung tahun, perniagaan saya jatuh 'tersungkur'. Sungguh kecewa dan rasa putus asa kemudian menjelma. Dari atas saya naik, kemudian jatuh merudum.

Lalu saya kutip semangat yang jatuh berkecai satu - persatu dan saya cuba memupuk hati yang lara. Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah, kerana saya masih mendapat hidayahnya.

Bayangkanlah dalam keserabutan itu, pelbagai idea-idea iblis menjelma, seperti merompak, mencuri, menipu, buat kerja-kerja kotor seperti jual dadah atau paling mudah membunuh diri.

Itulah jalan cepat untuk kaya dan jalan cepat untuk mati. Nasihat-nasihat itu, alhamdullillah tidak pernah saya ikuti dan termakan oleh nurani.

Dalam kecundang, saya memanjatkan doa bertali arus, sama deras dengan air mata membasah pipi. Mohon kepada Illahi, agar menolong diri ini, daripada tersembam ke bumi dan tidak bangkit lagi.

"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

Tanpa memilih kerja dan malu di muka, saya memohon, bekerja di sebuah Resort sederhana sebagai pekerja am. Dengan berbekalkan gaji RM680.00 sebulan, saya redha dan cuba menahan diri.

Daripada pengurus, berniaga sendiri akhirnya kembali menjadi kuli. Daripada 'Hero ke Zero' semula. Daripada ada, kembali kepada kosong. Daripada di puncak, kini di curam, saya redha kerana ini ujian untuk saya. Dan saya mesti bangkit dan terus bangkit lagi!

Saya ketepikan rasa malu dan tabahkan hati. Ya, sebenarnya perasaan malu tidak dapat memberi apa-apa makna dalam hidup apatah lagi memberi kita segumpal wang untuk meneruskan kehidupan.

Selaku pekerja am, saya berkerja dari awal pagi menyapu sampah-sarap dan membuang daun-daun kering di seluruh resort. Menjelang tengah hari saya perlu mencuci tandas, bilik air dan membuat kerja-kerja mengemas bilik penginapan - 'house keeping' pula.

Betulkan katil, ganti cadar lama ke cadar baru. Vakum dan mop lantai sekurang-kurangnya 20 bilik. Pastikan jamban tidak tersumbat dengan aneka sampah dan najis, itulah kerja hakiki saya.

"Biarlah susah, Allah kan ada. Janji halal dan tak susahkan orang.

"...yang penting...dapat tampung susu anak," pujuk rayu hati saya agar air mata ini tidak tumpah.

Paling mencabar dan tidak tahan, ketika membuat kerja-kerja kebun seperti mencangkul di waktu bulan puasa. Ada sekali, saya dan rakan sekerja diarah mengorek tanah, seluas kolam kecil di kala tengah hari.

Saya sudah hampir-hampir berbuka, tak tahan rasanya. Rakan saya juga turut 'meracun' nafsu, apabila bersedia untuk membeli sebotol air sejuk bergas di kedai.

Akhirnya, saya ambil keputusan, merebahkan diri di tepi tanah itu untuk melepakkan mata, kerana kepenatan yang amat sangat. Dan alhamdulillah, lena dan tidur kurniaan Allah itu, tidak jadi saya berbuka puasa, termasuk rakan saya.

Tidak cukup dengan itu, ada pelanggan yang memandang sinis, merenung mata dan mengarah membabi-buta, lantaran tugas saya hanya sekadar kuli.

"Tak ada air panas ke resort ni? Saya hari-hari mandi air panas tau. Sekarang saya nak awak masak dan jerangkan air panas untuk saya!" kata seorang peserta kursus yang menginap di resort ini. Itu hanya satu, daripada 1,000 ragam yang saya temui setiap hari.

Daripada Zero ke Hero

Kerja saya pula tidak terhenti selepas jam 5.00 petang.Saya kembali pula ke resort pada 11.30 malam untuk menjadi pengawal keselamatan pula, untuk mendapat sedikit wang tambahan sebagai upah.

Bermula tengah malam sehingga subuh hari. Nyawa adakalanya terancam dan malam hari sering diganggu dengan bunyi-bunyi misteri sehingga esok hari.

Kini saya faham -sangat perasaan watak-watak yang berkerja sebagai kuli ini. Allah beri saya secebis ilmu, untuk selami denyut nadi, rakyat marhaen kepada saya. Mereka juga ada jiwa dan rasa. Mereka juga dilahirkan manusia.

Ada masa mereka juga turut tersinggung apabila dihina dan tidak diberi perhatian. Setiap kali menyapu, hati akan sayu bila melihat, orang membuang sampah sesuka rasa.

Tiap kali mencuci, rasa pedih di hati melihat manusia membuang najis merata-rata. Dan tiap kali mengawal dan menjadi jaga, saya rasai debaran di hati mereka, yang resah menanti musuh yang tiba-tiba menerpa.

Dari situ, saya belajar untuk tidak menghina sesiapa pun, baik tutur, baik warna kulit, baik agama atau apa jua perkerjaannya, saya hormati, kerana mereka mencari rezeki yang halal, sesuap nasi untuk isteri dan anak-anak dikasihi.

Jangan cerca dan caci mereka, mereka juga manusia seperti kita, hanya membuat kerja yang diarah semata.

"Azamin, sudah sampai masanya awak berhenti dan mencari peluang kerja yang lebih baik kerana awak mempunyai potensi besar di luar sana.

"Di sini, awak tidak akan berkembang ke mana-mana dan kerja ini tidak sesuai untuk awak," kata penyelia saya, Encik Anuar suatu pagi membuatkan hati terasa sebak yang amat.

Lebih menyayat hati, Tuhanku, Allah tidak pernah meninggalkan saya, apatah lagi ketika saya benar-benar menderita. Allah sentiasa mendengar keluh kesah hati.

Dengan izin dan bantuan Tuhan, saya menapak kembali dari "Zero menuju ke Hero" semula, berdikit-dikit walaupun sakit...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

Tidak lama selepas itu, Allah mendorong gerak langkah untuk saya menyertai Harakah sebagai sebagai jurujual di laman web Harakahdaily. Ringkas cerita, ujian melintasi saya, yang kemudiannya diserapkan sebagai wartawan selama tiga tahun.

Tiga tahun itu juga, dari utara selatan, timur barat dan dari bandar ke desa saya tuju menimba ilmu kewartawanan, di samping berhadapan dengan 2,001 macam mehnah dan watak manusia.

Sehinggalah Disember tahun lalu, ujian kembali menduga apabila saya dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarang Harakahdaily sehingga kini.

Dan kini ujian demi ujian terus 'menyambar' dan menusuk saya, dan saya akan terus bangkit dan bangkit lagi!

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

Dan jangan pernah berputus asa dalam memohon rahmat-Nya.

Selagi hayat dikandung badan, selagi ibu perlukan kasih anak, selagi isteri dambakan cinta suami, selagi cahaya mata mahukan belaian ayahnya dan susu untuk perutnya.....selagi itulah saya akan terus bangkit ...!

Sama ada daripada 'zero ke hero', atau 'hero ke zero', Allah sentiasa di sisi. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Izinkan saya berundur diri, sampai masa ketemu lagi...

(Sebarang teguran, pandangan ikhlas dan luahan rasa, bolehlah saudara dan saudari majukan ke email saya di azaminamin@yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya )_
READ MORE...........

Sunday, August 2, 2009

peter chow want girlfriends..........




READ MORE...........

Followers

click me all

Please ranking all
XML
Google Reader or Homepage
Add to My Yahoo!
Subscribe with Bloglines
Subscribe in NewsGator Online

BittyBrowser
Add to My AOL
Convert RSS to PDF
Subscribe in Rojo
Subscribe in FeedLounge
Subscribe with Pluck RSS reader
Solosub
MultiRSS
R|Mail
Rss fwd
Blogarithm
Eskobo
gritwire
BotABlog
Simpify!
Add to Technorati Favorites!
Add to netvibes

Add this site to your Protopage

Subscribe in NewsAlloy
Subscribe in myEarthlink

Add to your phone


TopOfBlogs