sign up here

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Friday, March 27, 2009

JAMBANNNNNNNNNNN


Kau berada di mana jua di saat kami memerlukan.
Aku tahu ramai yang membencimu.
Cuma mereka akan ingat pada mu bila tibanya
detik-detik yang meresahkan itu.
Tetapi, mereka lupa, bau itu bukanlah bau asal dirimu.
Bau itu sebenarnya datang dari perut mereka dan juga perutku ini. Ada
perut yang mulia dan ada juga perut yang menerima apa sahaja, walaupun
hasil itu bukan yang diterima hukumnya.

JAMBAN...
Kadang-kadang aku berasa kasihan dan simpati mengenangkan nasibmu yang
terbiar tanpa penghargaan. Mereka menyumbat mulutmu dengan baja semula
jadi itu dan kemudian mereka mengutuk dan mencacimu. Sungguh besar
pengorbanan yang kau lakukan. Namun jasamu tidak dikenang. Bagiku
keujudanmu adalah simbolik di dalam kehidupan yang penuh ketidakadilan
ini. Yang bertenggek di atas terus menyalahkan sesuatu yang di bawah...
yang lemah dan tidak mampu melawan.

JAMBAN...
Aku berasa sungguh tenang setiap kali dapat bersamamu.
Segala masalah bagai dapat aku lupakan.
Terasa lapang dadaku...terasa lega mindaku.
Fikiranku menjadi tenang setenangnya air
di dalam aquarium yang tidak berpenghuni.
Kaulah sumber ilhamku.
Kadang-kadang aku terfikir...
adakah Shakespere juga menyanjungi kewujudanmu?



JAMBAN...
Ribuan terima kasih aku ucapkan atas jasamu selama ini...
Dan terima kasih juga kepada mereka-mereka yang melibatkan diri di dalam
usaha pembersihan jamban. Aku tahu kerjaya seumpama itu selalu dipandang
hina dan langsung tidak mendapat perhatian. Bayarannya juga amat sedikit
dan mengharukan. Namun aku kagum dengan kesanggupan kalian kerana aku
tahu... Aku juga mungkin tidak mampu untuk melakukannya. Jika ada yang
menghina...bersabarlah...walaupun kerja itu kotor namun hasilnya adalah halal.

JAMBAN...
Sampai di sini sahaja
yang mampu aku tuliskan untukmu sebagai penghargaan.

Telah lama aku terfikir untuk menulisnya....
Dan sekarang aku sungguh lega kerana berjaya meluahkan apa yang terbuku
di kalbuku selama ini. Hari ini aku tak berapa sihat....jadi aku nak
tidur awal sikit. Nanti bila aku terjaga pasti kita akan bertemu lagi.
Aku tahu kau tak akan lari. Kau sentiasa setia menanti di situ.



Kebersihan haruslah dijaga....

Comments :

0 comment to “JAMBANNNNNNNNNNN”


Post a Comment