sign up here

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Tuesday, May 5, 2009

JANDA...


Menurut laporan setakat ini seramai lebih kurang 600,000 wanita berusia antara 30
hingga 34 tahun yang masih belum berkahwin. Ini tidak termasuk wanita yang
berstatus janda. Masalah andartu mesti diselesaikan segera kerana ia boleh
menjejaskan kestabilan masyarakat dengan timbulnya masalah sosio-ekonomi.
Tambahan pula, masalah andartu boleh menjerumuskan kaum wanita ke lembah maksiat.


Sebenarnya, tidak ada perempuan yang sanggup digelar andartu. Masalah andartu
bukanlah masalah peribadi bagi mereka yang terlibat sahaja, tetapi ia adalah
masalah bersama. Ia adalah masalah masyarakat, masalah ummah. Kita mestilah
mengkaji dan mencari langkah-langkah praktikal untuk mengatasinya. Tidak
sewajarnya kita hanya menggelar, mengejek dan menghina, tetapi eloklah ditinjau
akar-umbi masalah mereka sekaligus selesaikan masalah itu jika mampu.

Faktor

Terlalu banyak faktor yang menyebabkan wanita yang menjadi andartu. Antara
golongan wanita yang tidak kahwin adalah perempuan-perempuan kota yang intelek
dan mempunyai status yang tinggi. Golongan wanita intelektual ini telah
ditempatkan pada kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Kadangkala sebagai boss
di pejabat, pegawai eksekutif, peguam, doktor dan lain-lain jawatan yang dulunya
dipegang oleh kaum lelaki. Walaupun pada zahirnya kelihatan mereka mempunyai
banyak keistimewaan kerana kedudukan yang tinggi itu, tetapi hidup mereka sedikit
demi sedikit mula terasing. Pergaulan mereka terbatas di kalangan orang-orang
atasan sahaja.

Wanita-wanita “istimewa” ini berharap mereka akan bertemu jodoh dengan lelaki
golongan atasan juga. Malangnya ini tidak berlaku. Wanita yang berkedudukan
tinggi selalunya mudah ditimpa penyakit ego dan suka memerintah. Keterbiasaan
mereka memerintah orang-orang bawahan memungkinkan mereka bersifat yang sama
dengan suami. Ini yang menyebabkan lelaki takut untuk beristerikan wanita yang
berkedudukan tinggi. Dan gadis-gadis kampung atau gadis-gadis bandar yang
sederhana lebih menjadi idaman lelaki status tinggi.

Wanita yang berprofesion menyayangi kerjayanya lebih daripada untuk mendirikan
rumahtangga. Mereka takut terkongkong, terbantut kareer. bagi mereka, kononnya
beban kerja lebih ringan daripada bebanan rumahtangga..

Protokol kerja dan protokol belajar juga menyekat wanita dari berkahwin di usia
muda. Contohnya, seorang paramugari yang berumahtangga tidak dibenarkan bekerja
di atas kapalterbang. maklumlah, selepas kahwin badan sudah hilang potongannya,
mengandung pula, hendak fikir anak dan suami.

Oleh itu, kerana wanita sekarang suka pekerjaan yang mencabar, mereka lebih suka
menangguhkan perkahwinan hingga lewat usia.

Masalah andartu juga kadang-kadang berpunca dari sikap ibu bapa. Ada ibu bapa
yang bersikap memandang bulu dalam soal memilih menantu ini. mereka rela anak
dara mereka terperap di rumah dari bersuamikan lelaki yang tidak sama darjat dan
keturunan serta berjawatan tinggi. Kononnya takut status jatuh atau takut anak
teraniaya.

Kadang-kadang sikap “pilih bulu” ini datang daripada orang perempuan sendiri.
Mereka menjadi terlalu pemilih disebabkan sikap kebanyakan kaum lelaki yang ada
pada hari ini. Kehidupan seharian orang lelaki moden yang suka berpoya-poya,
curang, akhlak buruk, tidak bertanggungjawab, menyebabkan kaum wanita berfikir
beratus-ratus kali sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Apakah bakal
suaminya itu setia? Apakah dia bertanggungjawab? Apakah dia penyayang?
Keraguan-keraguan ini akhirnya mendorong wanita bersikap pesimis atau “tawar
hati” untuk berkahwin.

Sukar hendak cari lelaki bertanggungjawab lebih-lebih lagi yang kuat beragama
zaman ini. Justeru itulah wanita sanggup bergelar andartu daripada tersilap
pilih, agar tidak menyesal di kemudian hari. Cuma yang kita takuti, pilih punya
pilih terpilih punggung cawan!

Ada juga wanita yang tidak mahu berkahwin kerana pernah melalui satu peristiwa
pahit dalam hidupnya, yang menyebabkan dia serik untuk menempuh alam rumahtangga.
kisah cerai-berai, pertengkaran dan penganiayaan dalam rumahtangga yang terjadi
di sekitar hidup mereka selalunya menimbulkan kesan yang sangat mendalam dalam
jiwa kaum wanita, hingga boleh menyebabkan dia tawar hati untuk berkahwin. Dan
ada juga yang tidak mahu kahwin kerana putus cinta (frust).

Yang belajar dengan pinjaman dan biasiswa terikat pula dengan protokol perjanjian
belajar. Mereka tidak boleh kahwin selagi belum tamat belajar. Masalah ini
melibatkan pelajar-pelajar yang belajar di luar negeri. Sedangkan dalam masa yang
sama, pengaruh-pengaruh negatif, lucah dan merangsang nafsu terpaksa mereka
hadapi. Cara hidup barat yang lepas bebas mencabar sifat fitrah manusia yang
inginkan perkahwinan. tapi apakan daya pintu perkahwinan secara halal dan
terhormat disekat.

Oleh itu, sebagai jalan keluar, ada yang sanggup bersekedudukan, berzina,
semata-mata untuk melayan nafsu. kalau ikut hukum Islam, mereka yang tidak mampu
melawan nafsu seks wajib berumahtangga jika dikhuatiri akan terlibat dengan zina
dan pergaulan bebas. tetapi, perkahwinan yang halal dilarang, buat maksiat tidak
apa. Hadis Nabi saw yang bermaksud:

Seperkara lagi yang menggalakkan pertambahan bilangan andartu dalam masyarakat
hari ini adalah belanja kahwin yang tinggi. belanja kahwin ini turun naik macam
turun naiknya harga barang. Apakah nilai anak perempuan sanggup kita samakan
dengan harga barang?

Kalau harga getah, kelapa sawit, koko naik, belanja kahwin juga turut naik.
Apakah nilai perkahwinan itu sudah jadi seperti jual beli barang? Belanja kahwin
seorang perempuan yang berpelajaran tinggi misalnya meningkat menjadi RM8,000.00.
kalau yang kerja kampung RM4,000.00. Ada ibu bapa yang menuntut begitu. Kalau
yang berjawatan dan bergaji besar, lagi tinggilah hantaranya? Ini semua
menghalang wanita daripada kahwin cepat.

Persoalan andartu ini sebenarnya adalah salah satu faktor yang menyebabkan
perkembangan maksiat dalam masyarakat. Iaitu akibat dari menyusah-nyusahkan
perkahwinan yang halal. Bila saluran yang halal di sisi Allah swt disekat,
timbulah berbagai-bagai krisis dalam masyarakat dan menggalakkan perkara-perkara
yang mendorong pelepasan nafsu seks secara haram..

Kalau semua pihak ikut panduan syariat Islam, tidak dicampur budaya Melayu yang
bidaah, perkahwinan akan jadi mudah. Tidak akan timbul “jalan belakang” untuk
menyelesaikan runtunan hawa nafsu yang tidak dapat tidak mesti ada dalam diri
manusia. Hanya manusia yang beriman sahaja dapat menyalurkan nafsunya secara yang
diredhai Allah, selamat, bahagia, dunia dan akhirat.

Tanpa iman, jalan-jalan yang haram akan terus ditempuh, akan lahirlah anak-anak
zina yang merosakkan salasilah keturunan. Hubungan keturunan dan pertalian darah
sudah tidak suci lagi. Sebab itu generasi yang lahir susah untuk dididik dan
dilembutkan hatinya untuk menerima kebenaran.

Begitulah tenatnya masalah andartu ini jika tidak cuba diselesaikan atau cuba
diselesaikan tetapi tidak mengikut kaedah yang ditetapkan oleh Allah swt. namun,
masih ada pihak-pihak yang menganggap masalah andartu ini remeh-temeh dan tidak
perlu diambil perhatian berat. Kalau sebut bab poligami kita cepat melenting.
Pada hakikat sebenarnya ia boleh menggugat kestabilan negara. Bila masyarakat
rosak, keselamatan akan tergugat dan ini akan menyebabkan pelaburan asing
berkurangan, kedudukan ekonomi tergugat. Tetapi yang paling penting adalah
kutukan Allah swt. Sabda Rasulullah saw:

Comments :

2 comment to “JANDA...”

Wan..ni sensitif ni..nanti ada yang menangis keseorangan..hahahaha...xpe..Wan..kalau ade jodoh x kemana...

P/S : Wan..berapa ramai awek kampung yg datang ke bandar dan jadi awek bandar...huhuhu...

P/S 2 : Aweks yg membaca artikel ini jgn risau.. abg Azhar still single lagi...huhuhu :)

Azhar85 said...
on 

sejak bila jadi ABANG azhar....hahahahhahah

berapa ramai awek kampung yang datang ke bandar itu takda plak orang buat servey tapi tak apa nanti aku cari kat google...nanti aku bgtau hang k.....

sempoiii

sapa2 berkenan kat 'abang' azhar sila postkan komen d sini erk....

MARI KITA TENGOK SIAPA YANG KENA

ASTROWAN said...
on 

Post a Comment