sign up here
Browse » Home » » lelaki dan perempuan melampau-lampau
Friday, May 1, 2009
lelaki dan perempuan melampau-lampau
Kalau ada perempuan yang melampau-lampau keperempuanannya, maka berhati-hatilah.
Lenggoknya berlebih-lebihan, solekannya tebal bagai kulit Kamus Dewan, cakapnya lebih mengada-ngada berbanding perempuan gedik, kemungkinan besar, dia itu sebenarnya LELAKI! Yang terdesak untuk menjadi perempuan.
Kalau ada lelaki yang melampau-lampau kelelakiannya, maka berhati-hatilah. Jalannya bersepah-sepah berlagak macho, bajunya rugged hingga ke kenduri pun mahu bersarung jersi, cakapnya lebih mencarut daripada mat lepak di kaki lima, ketahuilah, mungkin dia itu sebenarnya PEREMPUAN! Yang terdesak untuk menjadi lelaki.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kat jalan raja laut dgn lorong haji taib...bersepah manusia macam nie...hahahaha :)
P/S : ...Servis Plug...bagi bersih...huhuhu :)