sign up here

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Monday, April 27, 2009

Kek Hari jadi...


Kek Hari jadi...

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji
kek sempena hari jadi isterinya.
"Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si
gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas,
kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian
bawah,"kata lelaki itu.
Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan
terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya
yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu
dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu
setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:
"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH
CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

Comments :

0 comment to “Kek Hari jadi...”


Post a Comment