sign up here

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Monday, April 27, 2009

sudu dan benang( anu)....


Minggu lepas, kami ke satu restoren baru. Aku perasan yang pelayan
meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak pelik. Bila pelayan
lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia nih pun ada sudu dalam
poket bajunya. Apalagi, aku tengok sekeliling memang semua pelayan
restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka.
Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku bertanya,
"Kenapa dengan sudu tuh?"
"Sebenarnya" , dia menerangkan, "bos kami baru lepas mengupah
juruperunding ABC untuk merombak perniagaannya. Selepas beberapa
bulan mengkaji, mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu
terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja sejam. Jika
kakitangan kami lebih bersedia, maka kami mampu mengurangkan trip
pergi balik dari meja pelanggan ke dapur dan menjimatkan 15 jam
seorang setiap syif".
Dah nak jadik cerita katakan, sudu aku terjatuh dan pelayan tadi
telahpun mengantikannya dengan sudu di poketnya.
"Nanti saya pergi ambil sudu bila masa saya perlu pergi ke dapur,
lagipun buat apa nak habiskan masa sekarang".
Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas
benang. Sekali pandang, semua pelayan restoren ini memakainya.
Jadi sebelum pelayan tadi blah, aku tanya,
"Tumpang tanya, boleh tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang
di zip seluar kamu?"
"Boleh, apa salahnya!" Selepas itu dia merendahkan suaranya. "Tak
semua orang perasan benang ni." "Jururunding tersebut juga
mencadangkan yang kami boleh menjimatkan masa semasa ke tandas.
Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh menarik
benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini, kami tidak perlu
membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini dapat
memendekkan masa sebanyak 76.39 peratus.."
Aku bertanya lagi "Lepas awak keluarkan anu awak, macam mana awak
memasukkan ia balik kedalam seluar?"
"Sebenarnya, " dia membisik, "saya tak tahu orang lain, tapi, saya
gunakan sudu di dalam poket saya tadi."

Comments :

0 comment to “sudu dan benang( anu)....”


Post a Comment