sign up here

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Wednesday, April 29, 2009

Selesema babi: 100 sekolah di AS ditutup


WASHINGTON: Kira-kira 100 sekolah di Amerika ditutup sementara berikutan kebimbangan merebaknya virus selesema babi yang kini membawa maut di negara itu.

Jabatan Pelajaran Amerika berkata, sekolah yang diarah tutup kebanyakannya di negeri yang dilanda wabak berkenaan, iaitu California, New York, Texas dan Carolina Selatan.

Beberapa sekolah bagaimanapun dijadual dibuka esok sekiranya kes yang disyaki itu bukannya disebabkan virus H1N1 atau selesema babi.

CDC mengesahkan kes akibat wabak itu di Amerika semakin meningkat dengan 91 orang dilaporkan disyaki dijangkiti. laporan dari - AFP

P/S kematian disebabkan rokok pula setiap lapan saat seorang mati, knp tak heboh macam selesema babi ni, tutup la sekolah sebab penyakit ROKOK ni.....

Comments :

0 comment to “Selesema babi: 100 sekolah di AS ditutup”


Post a Comment