sign up here

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Monday, April 20, 2009

TANDA-TANDA AWAL KANSER


(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg
luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan
berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit
di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat
badan,sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas
termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem
pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun
berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen
membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian
abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara
menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan,
lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah
mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar
menelan dan kelenjar membengkak di leher.



10 PENYEBAB UTAMA KANSER
------------ --------- --------- --------- -------
(1) Makanan(6) Tembakau
(2) Alkohol(7) Radiasi
(3) Sinaran cahaya matahari(8) Pekerjaan
(4) Pengambilan ubat(9) Pencemaran air dan udara
(5) Perokok yang tidak aktif(10) Keturunan

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil


Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser

1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon
yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen!
Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah
anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda
akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. "Bah Kut Teh" (daging babi)
Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan
tunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana

Comments :

0 comment to “TANDA-TANDA AWAL KANSER”


Post a Comment