sign up here

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Monday, April 27, 2009

lelaki dan wanita


Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut. besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya telah ditakdirkan ...

Kerana lembut,
wanita tidak gemar perbalahan kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat, di rumah…
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat,
Celik mata sarapan sudah terhidang
Pulang dari pejabat, di kerusi malas longlai terlentang

Isteri dikatakan lemah...
bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...
bersantai di hadapan TV tidak bergerak

Selesai memasak, wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam, wanita yang dianggap lemah...
terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian, membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu

Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati...
Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas isteri mengemas rumah, menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika isteri tidak terdaya melakukannya
Suami wajar membantu
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

'Kekayaan yg paling aya ialah AKAL,
Kemiskinan yg palin besar ialah JAHIL,
Keburukan yg paling hodoh ialah SESAT'

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W.

Tak guna Ada MATA kalau tak dapt MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..... ..

Comments :

0 comment to “lelaki dan wanita”


Post a Comment